Events

Program Back to School KPJ Seremban 2019

Pada 16hb Disember 2019 telah diadakan Program Jom Kembali ke Sekolah oleh KPJ Seremban Specialist Hospital Official. Majlis dirasmikan oleh Pn Khalidah Omar , Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Seremban Sektor Pengurusan Sekolah bersama En Mohd Sofian Ismail ,Ketua Pegawai Eksekutif Hospital Pakar KPJ Seremban.

Seramai 50 kanak-kanak daripada 18 buah keluarga mendapat bantuan sebanyak RM200 bagi setiap anak bagi membeli keperluan asas persekolahan yang bakal tiba. Moga bantuan kami ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban ibu dan bapa mereka sempena pembukaan sekolah yang bakal tiba.

Terima kasih Mydin Mall Seremban 2 dan PerkasihN9 atas kerjasama untuk mengelola majlis kami dengan jayanya dan tahniah kepada ahli jawatankuasa Program Jom Kembali ke Sekolah KPJ Seremban Specialist Hospital Official atas usaha anda dalam mengendalikan Majlis ini dengan baik.

Terima kasih juga kepada rakan-rakan media Sinar Harian, BERNAMA , RTM - Radio Televisyen Malaysia Harian Metro & Berita Harian Online yang hadir membuat liputan untuk aktiviti ini.


11.jpg